2 weeks ago, a friend of mine forwarded me an email containing a letter from Jabatan Agama Islam from one of the states in Malaysia revoking a halal certificate from a well known poultry product manufacturer in the country.
The email shocked me as the letter was dated in Nov 2008, while i just heard about this news 2 weeks ago. For some people, this type of news has became a norm to Muslim Malaysian and the best way normally is to avoid consuming the product.
I'm saddened with the news as the news was not announced to the public. As a result, devoted Muslims in Malaysia may have consumed the products without knowing that it is haram.
I wrote a letter to the Jabatan Agama to suggest a proper procedure on the announcement. Further to that letter, I'm following up with the staff of the Jabatan Agama. However, the responds that I received so far are hopeless.
I attach herewith my letter to them for your reference. I'll keep following up and update my blog for any update. I woould not release the name of the company at this point as I need further confirmation from the authority.
7 May 2009
Pengarah & Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam **
Yg Bhg. Hj [*]
HEBAHAN UMUM PENARIKAN BALIK SIJIL PENGESAHAN HALAL
Saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang Muslim, saya amat khuatir berkenaan penarikan balik sijil halal yang tertera di surat yang bertarikh 3 November 2008 dari pihak tuan.
3. Bukan sahaja saya khuatir dengan pengharaman tersebut, tetapi saya lebih khuatir tentang langkah penghebahan yang diambil oleh pihak tuan. Hanya baharu sekarang, saya mendapat berita yang produk dari Ayam [***] tidak menepati hukum syarak.
4. Lebih menyedihkan lagi, sumber yang saya terima adalah dari sumber yang tidak formal.
5. Hal sebegini sepatutnya boleh ditangani dengan cara penghebahan yang lebih meluas dan telus, contohnya pengumuman formal di suratkhabar tempatan, media eletronik dan sebagainya. Malangnya, penghebahan dibuat hanya untuk pegawai-pegawai di jabatan pihak tuan sahaja.
6. Seterusnya, langkah lebih proaktif perlu diambil untuk menarik balik lesen perniagaan pihak-pihak yang telah menyalahgunakan sijil halal kepada umum. Langkah-langkah berikut perlu diwartakan di dalam proses rasmi pihak tuan dan juga seluruh jabatan agama di Malaysia. Ini adalah sangat perlu, untuk membendung aktiviti-aktiviti sebegini dan juga bertindak sebagai pengajaran untuk semua pihak.
7. Walaubagaimanapun, saya masih ingin mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Perak, sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab, yang telah berjaya mengesan kegiatan oleh pihak-pihak syarikat persendirian yang telah menyalahi hukum syarak.
8. Dengan ini, saya harapkan pihak tuan boleh memberi penjelasan kepada saya secara bertulis ataupun menghubungi saya melalui telefon, [ ]. Jika tiada respon yang dapat saya terima dalam masa 2 minggu dari tarikh surat ini, adalah dimaklumkan yang saya terpaksa mengambil tindakan seterusnya termasuk menghubungi media dan juga membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa.
9. Saya harap tindakan saya ini tidak dianggap sebagai tindakan mengugut pihak tuan, sebaliknya sekadar sebagai nasihat yang ikhlas untuk kepentingan semua.
Sekian, terima kasih
Shahrir bin Mohamad Subki